Pages

Monday, 24 October 2016

Laman Turath


Bagi memenuhi program Pembestarian Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) telah mengambil inisiatif mewujudkan satu projek inovasi yang dinamakan Laman Turath. Laman ini dijayakan secara kolaboratif antara PSDHA dan Alumni Sekolah Menengah Agama Maarif dan Graduan Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UniSZA). Laman ini bermatlamat untuk menggalakkan warga sekolah khususnya dan masyarakat luar amnya bagi meneroka warisan ilmu Islam silam, menjana pemikitan kearah pembinaan semula keagungan perabadan Islam yang gemilang. Keistimewaan laman ini ialah amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak pra sekolah hingga warga emas.